Monday, 20 June 2011

#2 : Simple Words Sometimes Plays As A Deus Ex Machina

:: Aku menerawang tanpa arah tujuan di dalam dunia maya ini dan tanpa aku sedari.. aku singgah di sebuah blog, Aku tertarik ... (pembetulan) ... amat tertarik dengan sebuah cerita yang dipaparkan dalam blog ini... hopefully you ( owner of that blog ) don't mind if I share it here.. Namun begitu, nama asal bagi watak utama kisah yang akan diceritakan ini terpaksa diubah untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan dan salah faham di masa hadapan .. Anyway, credit for you, Katie Jamaludin ::

Kisahnya bermula seperti ini ...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.

Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Minah letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Minah?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Minah ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Minah, Minah akan mengubah fikiran Minah; Seandainya, Minah menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Minah?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Minah boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Minah untuk memperbaiki program tersebut."
"Minah selalu lupa membawa kunci rumah ketika Minah keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Minah ketika pulang." "Minah suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Minah kunjungi, Abang harus mencari Minah dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Minah pulang ke rumah."

"Minah selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Minah datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Minah yang sengal itu."
"Minah lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Minah akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Minah dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Minah selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Minah, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Minah , membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Minah."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Minah. Abang tidak akan menahan diri Minah mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Minah."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Minah telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Minah puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Minah." "Tetapi, jika Minah tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Minah bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

*Tidak salah untuk meminta, namun adalah lebih baik menjadi orang yang selalu bersyukur dengan apa yang dia ada ... Wassalam * 

No comments:

Post a Comment