Sunday, 19 June 2011

#1 : The Beginning From The Ending...

Almost 3 month already but i still didn't get any resolve. Still the same guy, waiting and hoping that if by any chance, she will take back her decision.. But in the end, not any single words, neither messages nor phone call received from her. Even my calls was ignored. She has successfully makes me feel right now that i'm just a looser, pathetic helpless guy...

Allah...Aku tahu jodoh pertemuan semuanya di tanganMu, namun begitu..berat sungguh ujian yang Kau berikan kali ini... Honestly, aku benar-benar kecewa dan terkilan kerana 8 tahun hubungan yang telah dibina tidak diakhiri dengan pengakhiran yang sepatutnya..Sedangkan segala perancangan masa depan telah aku atur dengan mengambil kira dia di sisi..Selama itu jugalah aku butakan mataku daripada perempuan lain...

"Setiap manusia mengidamkan yang terbaik untuk diri mereka". Aku terpaksa akur dengan kebenaran ayat tersebut. Semoga Tuhan terus memberikan aku kekuatan dan semangat untuk bangkit dari ujianNya. Aku sedar akan perbezaan yang ketara antara aku dan dia. Namun, aku tetap cuba untuk berfikiran positif..si dia ini lain daripada yang lain.. dan aku sentiasa memanjatkan kesyukuran betapa beruntungnya aku mendapat si dia. Ternyata Tuhan itu Maha Kuasa. Mungkin ujian ini untuk menyedarkanku, kadangkala, aku melebih-lebihkan cintaku kepada sesama makhluk berbanding cintaku kepada Si Pencipta..ampunkan aku..

Ditambah lagi pada zaman sekarang ini, sedalam mana pun perasaan cinta tetap tidak dapat dibandingkan dengan kuasa dan nilai harta. For sure, kebanyakan ibubapa juga mahu pasangan hidup yang terbaik untuk anak-anak mereka. ( "Cinta?! huh..boleh bagi korang makan ke??" ). Tiada lagi kisah cinta Romeo & Juliet..Akhirnya, 8 tahun penipuanku kepada diri sendiri terpaksa dihentikan. Aku cuba untuk menerima hakikat tipisnya peluang untuk kembali semula bersama. Ibarat menyambung semula dahan yang telah kering..

But, I still didn't blame her. She has the right to choose what's good for her. Therefore, whether I like it or not, I have to move on..Easy to said, not easy to be done...but I have to!

*Please God Help Me..*

No comments:

Post a Comment