Friday, 2 March 2012

#5 : My masterpiece - Marines Climbing Grip

            *It's not as easy as it seems..*
Kebiasaannya, orang takkan menyusahkan diri..hanya tempah climbing grip yang ready made daripada supplier/kilang. (material : carbon fibre )..  Tapi, untuk construct climbing grip daripada simen memerlukan tahap kesabaran dan ketelitian yang bukan calang-calang.  ( Thousands of credit to 'sifu' Alvin atas ilmu yg. sememangnya tak boleh dijumpai dalam mana-mana buku ..)
                 
        Material used :
         - Simen       - Pasir Halus  
         - Paku konkrit     - Dawai

( Kesenian tangan + ketajaman mata semasa mengukir + pengalaman, penting untuk hasil yg boleh menimbulkan efek-3D )
 .............................................................................................
 ............................................................................
 ............................................................
 .................................................
 ......................................
 .............................
 .....................
 ...........




Dan....Hasilnya...............



Thursday, 1 March 2012

#4 : Leisure Time .. Champ Snookerium

Sepetang menghabiskan masa di Champ Snookerium, memerhatikan gelagat manusia keluar masuk bengkel motor (yang sebenarnya samaran kepada kedai nombor ekor tak berlesen) membuatkan aku terfikir, entah berapa banyak duit orang kampung yang telah dihabiskan untuk berjudi? Berapa banyak tanah yang telah tergadai? Tidak cukup dengan duit yang digunakan untuk membeli nombor ekor, mereka kini dihidangkan dengan tarikan baru yang lebih dahsyat godaannya, mesin judi ataupun roulette.

Sometimes, aku jadi tertanya-tanya dan timbul persoalan... Berapa banyak income mereka sebulan? Dari mana datangnya duit mereka yang tidak disayang-sayang untuk dihabiskan berjudi? Walhal kebanyakan penghuni tetapnya tidak mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap ataupun bekerja sendiri. Setiapkali apabila ditanya "Macamana bang? Ade untung ke" jawapan yang biasanya akan didengar : "Kalah.. ", takpun "Melingkup..". Namun orang masih tak putus datang, masih tak serik.. Kenderaan sentiasa penuh terutamanya pada hari rabu dan hujung minggu ketika adanya 'race' nombor .. Mungkin pada pemikiran mereka duit yang ada nak dilaburkan ke mesin judi..ada untung boleh tekan nombor besar sikit..menang pun besar.. Lastly, mesin yang sapu duit habis bersih.. sehinggakan nak duduk minum, nak beli rokok pun dah takde duit.. Apa yang mereka boleh buat? Buat muka simpati, minta orang lain belanja minum..takpun start motor, balik rumah..

Di sinilah, aku dapat mengenal ramai orang dengan seribu satu ragam. Biarpun kenal, boleh duduk minum semeja, namun bukan semuanya boleh dijadikan sahabat. Kebanyakannya hanya menjadi kawan pada masa senang, bila masa sesak, takde siapa yang boleh diharapkan untuk menolong.