Tuesday, 21 June 2011

#3 : Mom, I Really Loves You..

"Mak, aku sentiasa bersedih... dengan dugaan kali ini, aku menangis.. Adakah aku bukan lelaki sejati?"

 Mak terdiam seketika... lalu menjawab..
"Angah,

"Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang tegap, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran...."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa..."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah..."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu..."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya..."

"Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi dugaan dan liku-liku kehidupan..."

"Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci al-quran, tetapi dari konsistennya dia
mengamalkan apa yang ia baca..."

*God, save me..*

Monday, 20 June 2011

#2 : Simple Words Sometimes Plays As A Deus Ex Machina

:: Aku menerawang tanpa arah tujuan di dalam dunia maya ini dan tanpa aku sedari.. aku singgah di sebuah blog, Aku tertarik ... (pembetulan) ... amat tertarik dengan sebuah cerita yang dipaparkan dalam blog ini... hopefully you ( owner of that blog ) don't mind if I share it here.. Namun begitu, nama asal bagi watak utama kisah yang akan diceritakan ini terpaksa diubah untuk mengelakkan timbulnya sebarang kekeliruan dan salah faham di masa hadapan .. Anyway, credit for you, Katie Jamaludin ::

Kisahnya bermula seperti ini ...

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi.

Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Minah letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Minah?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Minah ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Minah, Minah akan mengubah fikiran Minah; Seandainya, Minah menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Minah?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.
"Minah boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Minah untuk memperbaiki program tersebut."
"Minah selalu lupa membawa kunci rumah ketika Minah keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Minah ketika pulang." "Minah suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Minah kunjungi, Abang harus mencari Minah dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Minah pulang ke rumah."

"Minah selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Minah datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Minah yang sengal itu."
"Minah lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Minah akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Minah dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."
"Minah selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Minah, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."
"Tangan Abang akan memegang tangan Minah , membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."
"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Minah."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Minah. Abang tidak akan menahan diri Minah mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Minah."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Minah telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Minah puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Minah." "Tetapi, jika Minah tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Minah bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

*Tidak salah untuk meminta, namun adalah lebih baik menjadi orang yang selalu bersyukur dengan apa yang dia ada ... Wassalam * 

Sunday, 19 June 2011

#1 : The Beginning From The Ending...

Almost 3 month already but i still didn't get any resolve. Still the same guy, waiting and hoping that if by any chance, she will take back her decision.. But in the end, not any single words, neither messages nor phone call received from her. Even my calls was ignored. She has successfully makes me feel right now that i'm just a looser, pathetic helpless guy...

Allah...Aku tahu jodoh pertemuan semuanya di tanganMu, namun begitu..berat sungguh ujian yang Kau berikan kali ini... Honestly, aku benar-benar kecewa dan terkilan kerana 8 tahun hubungan yang telah dibina tidak diakhiri dengan pengakhiran yang sepatutnya..Sedangkan segala perancangan masa depan telah aku atur dengan mengambil kira dia di sisi..Selama itu jugalah aku butakan mataku daripada perempuan lain...

"Setiap manusia mengidamkan yang terbaik untuk diri mereka". Aku terpaksa akur dengan kebenaran ayat tersebut. Semoga Tuhan terus memberikan aku kekuatan dan semangat untuk bangkit dari ujianNya. Aku sedar akan perbezaan yang ketara antara aku dan dia. Namun, aku tetap cuba untuk berfikiran positif..si dia ini lain daripada yang lain.. dan aku sentiasa memanjatkan kesyukuran betapa beruntungnya aku mendapat si dia. Ternyata Tuhan itu Maha Kuasa. Mungkin ujian ini untuk menyedarkanku, kadangkala, aku melebih-lebihkan cintaku kepada sesama makhluk berbanding cintaku kepada Si Pencipta..ampunkan aku..

Ditambah lagi pada zaman sekarang ini, sedalam mana pun perasaan cinta tetap tidak dapat dibandingkan dengan kuasa dan nilai harta. For sure, kebanyakan ibubapa juga mahu pasangan hidup yang terbaik untuk anak-anak mereka. ( "Cinta?! huh..boleh bagi korang makan ke??" ). Tiada lagi kisah cinta Romeo & Juliet..Akhirnya, 8 tahun penipuanku kepada diri sendiri terpaksa dihentikan. Aku cuba untuk menerima hakikat tipisnya peluang untuk kembali semula bersama. Ibarat menyambung semula dahan yang telah kering..

But, I still didn't blame her. She has the right to choose what's good for her. Therefore, whether I like it or not, I have to move on..Easy to said, not easy to be done...but I have to!

*Please God Help Me..*

#0 : About My Little Diary..

Salam. Firstly, tujuan aku buat blog ini hanya untuk sekadar coretan dan luahan tentang sedikit pengalaman dan cerita yang ingin aku kongsikan bersama. No offense to anybody. Just feel free to drop by, read and if you like, leave your thoughts or comments..Have A Nice Day!

*Allah Selamatkan Kamu*